cinta Allah cinta yang kekal abadi

Tuesday 31 January 2012

ilmu dan kehidupan

"ilmu dan amal"
kte selalu dengar ayat itu tp adakah kita memahami maksud ayat itu??
dan ape kena mengena dgn topik sy kali ini iaitu 'ilmu dan kehidupan'??
sebenarnya itu semua berkait..
ilmu dan amal...
apabila kita dah ada sesuatu ilmu contohnya ilmu rumah tangga,
kita kena amalkan dalam kehidupan kita untuk mendapat yg terbaik...
rumah tangga yg bahagia,suami isteri yg soleh dan solehah,anak yg soleh dan solehah..

dah kebetulan bercakap pasal perkahwinan ni,
nk sharing ckit ilmu tentang perkahwinan pagi tadi..
untuk sem ni sy belajar pendidikan islam 80% bab perkahwinan..
insyaAllah boleh amal apabila berumah tangga nanti,

antaranya ialah memilih isteri kerana agamanya..
ada 4 petua memilih jodoh
-krn hartanya,
-krn wajahnya
-krn keturunanya
-krn agamanya
dan pilihan yg paling bagus adalah memilih krn agamanya..
kerana seorang wanita yg mempunyai agama,
insyaAllah akan membawa kita bahagia dunia dan akhirat
insyaAllah lelaki yg aku dambakan adalah lelaki yg mampu memimpin aku ke arah syurga Allah
ustaz cakap untuk lakukan persetubuhan pon ade doa (aku terperanjat krn pertama kali aku dngar)
maklumlah ustaz aku utk sem ni sporting sgt...
dan niatlah agar di kurniakan anak yg soleh dan solehah..
dan itulah juga antara punca anak2 zaman sekarang rosak..
banyak sebab lain dan itu hanya satu kemungkinan..
sebab syaitan sentiasa ade sebelah kita apabila kita lalai,,
sebab 2 lah klu kita lihat suami isteri yg solehah,anak2 nya juga akan soleh dan solehah..
tp tak pasti juga,ia jgak bergantung pd didikan ibu bapa.
oleh itu,hadirlah perkataan "iman tak dapat di jual beli dan tak dapat diwarisi"
 
macam 2 jgak ilmu tutup aurat,,
klu zaman dahulu,orang perempuan pakai seksi2,tak tutup aurat 
tapi xde pon kes rogol..tp zaman skrg,ramai jgak perempuan yg pakaiannya boleh dikatakan 
sopan tp banyak kes rogol,itulah akhir zaman..
ilmu yg ade di salah gunakan.. 
lagi pon orang dulu mak kata tak terdedah dgn ilmu2 agama,
tak banyak majlis ilmu,
tp zaman sekarang kita dah ade ilmu,
so kita kena amalkan,
sebab ape??
sebab hukum 2 akan melindungi diri kita dr tercalarnya maruah diri
,keluarga masyarakat dan agama..
spt berlakunya rogol
dan bila kita dah ade ilmu tak amal kita akan berdosa,,

suka untuk aku berkongsi,
seorang rakanku ni pandai,
dye bukan saja pandai dlm pelajaran tp pandai dlm ilmu agama
klu di lihat pd luarannya mmg tak sangka dye pandai agama
sehingga apabila dengar dy bercakap bab agama,
aku terasa malu dan terasa diri ni bodoh sangat..
namun,aku amat harapkan suatu hari nanti 
dy akan dpt hidayah utk amalkan ilmunya..

lihatlah betapa indahnya islam,
setiap yg diperintahkan wajib atau sunat ada kebaikkannya..

teringat aku nasihat seorang akhi yg sekarang ni telah pon berumah tangga

jadikan dirimu mawar berduri,
harum baunya tapi sukar di sentuh,
wanita solehah untuk lelaki yg soleh,
dan wanita yg jahat utk lelaki yg jahat..

"wanita yang solehah adalah wanita yang menyeksa dirinya di dunia
demi meraih kebahagiaan yang hakiki di syurga"

>>>>>mujahidah itu pahit tp syurga itu manis<<<<
sekian~~~~~~~~~

Saturday 28 January 2012

islam itu releven

assalamualaikum wbt
dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihani

kali ni nak bukak topik 'islam itu releven'
atau kata lainnya 'islam itu mudah'
yeke??
ye lah,,nk tahu sebab ape??
jom kita huraikan.......
setiap suruhanNYA ada sebabnya,,
contoh yang paling mudah sy ambil ialah perintah menutup aurat..
knp kita diperintahkan untuk menutup aurat??
sebab wanita itu cantik,sebab 2 lah wanita kena tutup aurat lebih dr lelaki..
klu kita fikirkan kembali,
ade kew wanita yg bertudung labuh kena rogol??
tak tahu lah klu ade tp setakat yg sy tahu belum ada lagi,
mwngapa??
sebab nafsu lelaki tak teransang bila kita menutup aurat
ketinggalan zaman kew bila kita menutup aurat??
pada saya xlah,,sebab sekarang pon dah banyak tudung labuh yg cantik2,
sebenarnya fashion ni kan ciptaan manusia,
orang yg mencipta sesuatu produk atau fashion mestilah akan ikut kehendak pelanggan,
klu pelanggan seka yg ketat2,dye buatlah yg ketat2,tp klu kita nak yg menutup aurat,
dye buatlah fashion yg menutup aurat...adakah anda setuju??
tp islam tak memaksa kita bertudung labuh,
cuma yg diwajibkan supaya kita menutup aurat dan melabuhkan tudung melebihi dada..

islam itu mudah
setiap garis panduannya adalah bertujuan untuk memudahkan manusia duniawi dan ukhrawi,
insyaAllah......
mari kita lihat pula dari sudut ustaz dan paderi
ustaz boleh nikah malah dalam islam nikah itu harus dan dapat pahala apabila orang islam bernikah
tp paderi tak boleh kahwin.perkahwinan bagi seorang paderi adalah larangan bagi agamanya..
rugi kan sedangkan setiap manusia kat dunia ni mesti ada perasaan untuk berumah tangga....

marilah kita sama2 mengamalkan ajaran islam yg sebenar-benarnya,
dgn hati yang ikhlas krn Allah,
insyaAllah,akan kita dapat ganjarannya.......


Tuesday 17 January 2012

ku merindu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt para pembaca sekalian
Rindu???
Ape itu rindu??
mengapa perasaan rindu itu hadir??
Jawapannya secara peribadi,
rindu adalah satu perasaan yang hadir selepas perasaan sayang
tanpa sayang,tak kan wujud perasaan rindu..

ku merindu,
rindu kan semesta lepas,
terlalu banyak kenangan suka duka kehidupan dalam sem lepas,
rindukan roommate ku,
rindukan kakak ajk paras ku,
rindukan kumpulan spectles..
wahai roommate ku(linda,wani n hawa)
pelbagai onak dan duri yang kita hadapi,
suka duka,sihat dan sakit kita hadapi dengan tabah...
walaupun perit namun kita lalui bersama,
kadang2 ku bagai terdengar tawa riang mu,

rindu jugak kat kakak ajk (k.sweet,k.liza n k.ziqa)
teringat jasa kalian sewaktu ku sakit,
terlalu banyak jasa kalian buat ku,
kalian sabar mendengar rintihan  hati ku,
tak pernah jemu member nasihat dan dorongan,
agar aku terus dan terus tabah dalam menghadapi dunia
yang tidak pernah ku lalui sebelum ini,
member kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan ku
untuk mencari ilmu duniawi dan ukhrawi,

wahai ahli kumpulan spectles(zu,piqa,mira,ucu n yana)
aku merindui kalian,
rindukan saat2 kita hadapi suka duka,
perit jerih untuk menuntut ilmu,
yana,begitu mudah kau melupakan kami sedangkn kami
tak pernah untuk melupakanmu,
kpd yang lain,
ape yg telah berlaku??
Mengapa kita berpecah??
Aku rindu sangat2 untuk ketawa,nangis sama2 spt dulu,
Aku rindu untuk belajar bersama-bersama,
Rindu nak dengar tawa riang kalian bersama,
Tawa riang mu itu mampu mengubat hati ku sakit,
Namun,
Aku hanya mampu   berharap dan berdoa agar suatu hari nanti
Kita bersama semula,
Walaubagaimanapun,
InsyaAllah,
Akan ku doakan kebahagiaan kalian(roommate,kakak ajk,n spectles group)
Aku berharap agar segala kenangan terindah kita
Bersama tak kan luput dari ingatan kalian,
Dan aku berharap agar kalian bahagia duniawi dan ukhrawi,
Semoga silaturahim yang terbina kekal hingga akhir hayat

Thursday 12 January 2012

tentang ku dan usrah

baru balik dr usrah,
bez sgt usrah td tp malu......
malu tp mahu....hehe..
mahu kan ilmu lah,,
semakin banyak kte menuntut ilmu,semakin kte terasa diri ni bodoh..
why???sebab terlalu banyak ilmu yg kte x taw sedangkan sblm ni kte rasa mcm kte dah taw semuanya..
dpt akk usrah yg sporting,baik,nice..n comey..hehe
niat msk usrah ni sb nak tambah ilmu wlupn kwn2 ckp mcm2 yg bad tntg usrah ni,,
tidak ku nafikan walaupun ade sesetengah yg mereka ckp 2 ade betulnya,
bak kate seorang kakak ni,cri platform utk kte berubah..
ni lah salah satu drpd platformnya
yg pntg,perbetulkan niat kte...
niat aku nk timba ilmu sebanyak-banyaknya..
cri pengalaman,cari kawan n cri kwn yg blh bimbing kte ke arah kebaikkan..


harapan plak,harap hati ni semakin dekat dgn Allah,
istiqamah dlm setiap kebaikkan,
tiada erti putus asa dalam mencari ilmu Allah,
hope ikatan silaturahim yg terbina kekal hingga akhir hayat..
tiba2 teringat hari first join usrah dgn k.ikin n bermula dr saat itu lah kami rapat.....

Tuesday 10 January 2012

senyum walaupun perit

wahai hati,
ku mengerti keadaan mu kini,
namun ku tak mampu untuk berbuat apa2,
kerana aku seorang yg lemah,
tak mampu untuk berkata apa2,
walaupun aku tahu kamu menangis
wahai hati ku..

wahai hati ku,
bersabar,
sesungguhnya kesabaran itu separuh dari iman,

wahai hati yg sedang sakit,
ingatlah,
Allah sentiasa berada disisi kita,
Allah maha mengetahui setiap yg tersurat,
mahu pon tersirat..

wahai hati,
walaupun perit namun
ukirkanlah senyuman yg ikhlas
dan ingatlah setiap yg keikhlasan yg kita lakukan
akan mendapat balasan yg baik..

terima kasih wahai hati kerana kau membuatkan diriku bahagia

Sunday 1 January 2012

pemBEDAHan KCB (ketika cinta bertasbih)

KCB adalah sebuah cerita islamik yang amat saya minati.kenapa??sebab sy sukalah..hehe..
Pada sy dlm KCB ni amat mementingkan batas pergaulan yg di gariskan oleh agama islam.walaupun berlakon sebagai suami isteri namun tidak ada persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan.jom kita lihat pulak movie islamik Malaysia,tak istiqamah dlm pemakaian tudung,bersentuhan lelaki perempuan yg bukan muhrim..adakah itu info islamik yang ingin di sampaikan??
Fulstop tentang perbezaan antara islamik movie!!
Berbalik kepada KCB..saya tak nafikan dlm setiap kebaikan pasti terselit secebis keburukan..begitu juga dengan movie ni.nama pon pencipta movie ni manusia,mestilah tak terlepas dari melakukan kesilapan.tp sekarang ni sy nk “bedah” tentang info positif yg ingin di sampaikan oleh penerbit movie ni..
Pada sy movie ni bagus di tonton oleh golongan remaja yg belum berkahwin dan hidup merantau seperti saya.hehe..kenapa???sebab movie ni memberi tips kpd lelaki bagaiman nak cari bakal isteri n kepada wanita apa yg blh anda pelajari untuk mendapatkan suami yg soleh and bagaimana untuk jadi isteri solehah..
Semasa saya menonton movie ni berseorangan dgn penuh penghayatan,sempat sy berangan andai sy memegang watak anna althafunnisa,alangkah indahnya hidup ni..(hope menjadi kenyataan untuk memilki suami spt Abdullah khairul azam)..ini janji Allah;
‘Lelaki yang baik untuk wanita yg baik dan lelaki yg jahat untuk wanita yg jahat,wanita yang baik untuk lelaki yang baik,wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat’ (surah an-nur ayat 26)
Jadi jom jadi wanita yg baik untuk dapat suami yg baik (utk yg masih blum berumahtangga je taw) tp jgn lupa perbetulkan niat kita utk jadi wanita yg solehah krn Allah,bukanlah semata-mata kerana hendak dpt suami yg soleh.itulah yg selalu seorang kakak ingatkan padaku ‘perbetulkan niat lakukan setiap kebaikkan keranaNYA’.ingatlah,kita merancang,Allah juga merancang namun perancangan Allah lah sebaik-baik perancang.kita harus ada perancangan untuk masa hadapan kita tp jgn terlalu mengharap,takut apabila rancangan kita itu tidak berjaya,kita akan kecewa dan menyalahkan takdir Allah.percayalah bahawa Allah maha mengatahui apa yang terbaik untuk hambaNYA..so,redalah dgn setiap ketentuanNYA..
Asyik lari dari topic jew ni tp xpe,selingan yg bermanfaat..insyaAllah......kalian tgk tak sambungan movie KCB iaitu drama KCB??dalam 2 jgak bnyk input yg bermanfaat spt bagaimana dlm menghadapi liku-liku dalam rumah tangga dan bagaimana sepasang suami isteri yg merupakan ustaz dan ustazah dlm menghadapi ragam masyarakat dan memenuhi amanat yg di berikan ibu bapanya.bagaimana juga sepasang suami isteri dari kalangan orang kaya mendidik anaknya dan sifat ibu bapa yg kurang penghayatan islam n bagaimana ujian dalam menghadapi ujian untuk membaik pulih seorang remaja yg telah terpesong jauh.
Sy seorang yg tak minat membaca novel,so memang sy tak bacalah novel KCB 2..dah tak baca mcm mne nak tahu apa isi yg terdapat dlm novel 2 kan..hehe..maknanya,sy tulis berdasarkan pemahaman sy dr tontonan sy untuk movie n drama KCB..manusia tak kan terlepas dr ujianNYA..kerana Allah tak nak kita terus tenggelam dgn dunia kita,sayangkan Allah pada kita??Cuma kadang2 kita yg tak sedar ujianNYA tanda sayangNYA pada kita,,kadang2 kita rasa dugaanNYA itu tanda bencinya DIA kpd kita..sy juga begitu,namun semakin banyak ilmu yg sy timba,semakin meningkat penghayatan sy terhadap sesebuah penceritaan yg saya lihat,specially KCB semakin saya yakin bahawa setinggi mana pon kita berada,kita tak akan terlepas dr ujianNYA..
Mari kita buat sedikit lagi pembedahan terhadap movie ni..
Bagaimana cara mereka (pelakon movie ni) bernikah??adakah mereka bercouple??kenal bertahun-tahun sebelum bernikah??tidakkan!!!!!!!tanpa terlalu cerewet,azam melamar sesiapa juga gadis yg di sarankan ahli keluarga dan kenalan.mudahkan,melamar,mendapatkan persetujuan dr pihak perempuan,bertunang dan menikah.tak perlukan jangka masa yg panjang kan.dan ada sesuatu yg buat sy tertarik dr movie ni iaitu masin nya mulut seorang ibu.di sebabkan ibu azam begitu tertarik dgn anna,dia ingin sekali anna menjadi menantunya.walaupun begitu banyak dugaan yg harus mereka hadapi namun,klu dah jodoh tak ke mana,keinginan ibu azam itu tercapai.lihat bagaimana azam reda dgn ketentuanNYA,setelah ibunya meninggal dunia,azam menyerahkan kepada ayah anna dgn sepenuh kepercayaan untuk mencarikan calon isteri buat azam.cuba klu di lihat remaja zaman sekarang,ibu bapa carikan pon sudah di tolaknya inikan orang luar yg tiada hubungan darah dengan kita carikan jodoh untuk kita,awal2 dah reject..tp segelintir jela,tak semua remaja begitu.berkat keyakinan azam itu,dia dijodohkan dgn anna.anna seorang gadis yg pernah dilamar di kaherah tp di tolak oleh penjaganya di kaherah.semasa dia melamar anna di kaherah,dia sendiri tidak mengenali anna tp atas cadangan kenalannya,dia melamar anna.itulah yg di namakan jodoh.klu dah tertulis jodoh kita,cepat atau lambat ia akan menjadi teman kita..insyaAllah..adakah majlis pernikahan mereka di buat secara besar-besaran??tidakkan..cukup sekadar bernikah dan membuat kenduri bagi merhebahkan pernikahannya.lihat pula majlis perkahwinan furqan dan anna (sblm anna bernikah dgn azam),majlisnya di buat besar-besaran tp tak kekal..pokok pangkalnya bukan majlis yg besar atau kecil yg akan menjamin kebahagiaan kita selepas berkahwin.suka untuk saya berkongsi,sy pernah hadir satu majlis perkahwinan anak prof.madya.......majlisnya very simple,tp para jemputannya ramai..bukan ia tidak berkemampuan tp ia mengikut cara yg digariskan oleh islam.menghebahkan pernikahan anaknya utk mengelakkan fitnah.
Ingatlah,bercouple dan membuat majlis besar-besaran sehingga menyusahkan dan membebankan kita di kemudian hari tak akan menjamin kebahagiaan rumah tangga kita..
Istikharalah dalam membuat keputusan untuk memilih jodoh.semoga jodoh itu adalah yg terbaik untuk kita..insyaAllah.........amin3 ya rab....
>>dr seorang wanita single<<
wassalam