cinta Allah cinta yang kekal abadi

Saturday 31 December 2011

selamat datang 2012

assalamualaikum sahabat
dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha pengasih

syukur ke hadratNYA kerana dengan izinnya kita masih berpeluang menemui tahun 2012.....
namun agak sedih kerana arwah ayahku tidak berpeluang menemui tahun 2012..semoga ayah bahagia di sana..

tahun baru,bermakna semakin meningkatlah umur kita..adakah semakin meningkat iman kita????
jawapannya hanya pada diri kita..iman seseorang itu memang tak tetap,kadang-kadang meningkat,kadang2 menurun tp
usaha kita untuk meningkatkan keimanan diri..
saya tidak menafikan tentang harta duniawi namun tentang akhirat jangan dilupakan.........
mari kita muhasabah sejenak,
tanpa ALLAH,mana mungkin kita dilahirkan ke dunia ini,oleh itu mengapa kita hendak melupakanNYA?????
mengapa kita ingat ALLAH sewaktu kita susah sahaja sedangkan Allah tak pernah berhenti dari memberi nikmat kepada kita walaupun kita melupakanNYA....nikmat yang diberi kepada kita hanya setitis dari air laut,kita sudah merasa begitu banyak nikmat yang di beri kepada kita,dan nikmat yang selebihnya akan diperoleh di syurga.....tak dapat dibayangkan banyaknya nikmat di syurga nanti..
kalau macam 2 kenapa nak pilih nikmat di dunia yang sedikit dan bersifat sementara???

setiap orang inginkan yang terbaik dalam hidupnya termasuk saya.saya juga inginkan kehidupan yang semakin baik,tp dlm kita mencari yang terbaik itu jangan dilupakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak dan hamba Allah.........
ingatlah!!setinggi mana pon kita berada,kita masih memerlukan keredaan ibu bapa dan Allah...

"tahun baru",,x lari dari ayat "azam baru"
apa yg anda faham tentang azam baru?????
azam setiap awal tahun?????
oh,tidak..
sebenarnya kita kena ada azam setiap hari,azam untuk apa yg bakal kita lakukan sepanjang hari.....
bila ada azam,maknanya kita ada target untuk apa yang kita akan lakukan dalam seharian...........
macam kita tanamkan azam tahun baru,kita target apa yg kita nak capai sepanjang tahun itu..
bina lah azam untuk dunia dan akhirat....
semoga bertambah umur,bertambah ilmu,bertambah iman,dan bertambah amal

Friday 30 December 2011

1 muharam 1432 / 27 november 2011


Salam maal hijrah dari ku.semoga tahun yang bakal kita tempuhi ini lebih baik dari tahun sebelumnya.semoga tahun ini kita menjadi seorang insan yang lebih kuat hatinya dalam mencari cintaNYA dan menghadapi ujian dan dugaanNYA.alhamdulillah,kita msih diberi peluang untuk menjalani kehidupan di dunia ini.suka untuk saya mengingatkan kepada diri saya sendiri dan para pembaca bahawa tanamlah azam kita untuk tahun baru ini.dapat atau tidak kita tunaikan,itu persoalan kedua,namun sebagai manusia yang sentiasa mencari kebaikkan didunia dan akhirat untuk dirinya,maka kita harus ada azam.ya,kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan namun perlulah kita ingat,Allah memberi kita akal yang mana membezakan kita dengan makhluk Allah yang lain dan tidaklah diciptakan akal itu selain tujuan untuk berfikir.semoga kita tidak mensia-siakan anugerah akal yang di beri kepada kita
Wahai wanita,
Tuntutlah ilmu dunia dan akhirat.sesungguhnya dengan ilmu kamu akan selamat dunia dan akhirat.pesanan ini juga buat mengingatkan diriku.sebelum ni aku berasa aku sudah cukup ilmu asas agama Cuma antara nak atau tak nak aku amalkan tetapi semakin banyak aku mendengar ceramah,aku dapat rasakan jahilnya aku.masih terlalu sedikit ilmu di dada ini,patutlah aku sering lemah apabila di uji.jangan biarkan hati mengawal diri kita tetapi izinkanlah akal yang berilmu mengawal diri kita,insyaAllah kita akan selamat dunia dan akhirat. .dan berdoalah agar ilmu yang kita peroleh tidak di salah gunakan dan kita beramal dengan ilmu kita serta sebarkanlah ilmu itu,insyaAllah.itulah bekalan kita di akhirat kelak.
Pelbagai ujian yang aku hadapi,aku lemah dan hampir berputus asa sebab ilmu yang aku ada teramat sedikit.sesungguhnya di zaman globalisasi ini,pelbagai cara kita boleh mendapatkan ilmu.suatu petang,sedang aku online facebook,aku melihat post seorang muslimah tentang blognya,aku terus membuka blognya,aku berminat untuk membaca namun dek kerana hari hampir malam,aku mengambil inesiatif untuk copy and paste dan simpan di dalam netbook ku.apabila ada kelapangan,aku ambil peluang tersebut untuk membacanya.lama-kelamaan aku berasa suka membuka blog orang lain dan di situlah aku dapat banyak ilmu selain mendengar ceramah di masjid dan daripada orang-orang alim.apabila direnung kembali tentang ujian yang aku peroleh sepanjang tahun lalu,aku berasa malu padaNYA kerana di sebalik ujianNYA ada hikmah.dengan ilmu,aku baru menyedari hikmahnya.dengan ilmu juga menyedarkan aku bahawa aku telah jauh tersasar dari suruhanNYA dan memberi aku kekuatan untuk mencari cintaNYA.panjang lebar aku menghuraikan tentang ilmu,sebanarnya banyak lagi kepentingan ilmu yang mungkin kita tidak sedar selama ini.
Mengapa aku membuka lembaran baru ini dengan memberi penegasan agar wanita menuntut ilmu??jawapanku,ilmu itu amat penting dalam kehidupan harian kita lebih-lebih lagi kita berada dalam dunia yang membangun ini,hanya dengan ilmu yang berguna,ilmu agama mampu melindungi diri kita dari terjebak dengan perkara yang di larang Allah.mari kita lihat sulah al-alaq di mana ayat pertama surah ini bermaksud ‘bacalah’.surah ini juga yang nabi Muhammad saw di minta baca oleh malaikat ketika menerima wahyu pertama (minta betulkan jika salah).selain itu,adakah masih kita ingat “tuntutlah ilmu walau ke negeri china”.jelaslah bahawa islam sendiri mementingkan ilmu sebagai panduan hidup kita.semoga ilmu yang kita peroleh mampu menyelamatkan kita dari azab api neraka.insyaAllah..sesungguhnya menuntut ilmu tiada akhirnya hingga ke liang lahad.
La tahzan,
Jangan bersedih wahai wanita.sesungguhnya di setiap kesusahan pasti ada kesenangan,di setiap suka pasti ada duka.ingatlah,bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.aku sentiasa ingat nasihat dari “kakak sweet” bahawa ‘apabila kita rasa ujian yang kita terima itu pahit,sakit untuk kita lalui,ingatlah bahawa ada lagi orang yang menerima ujian yang lebih hebat daripada yang kita terima’.sesungguhnya Allah tahu kita mampu untuk terima ujian itu,oleh sebab itu lah DIA berikan kepada kita.aku tidak pernah lupa kata-kata ini.kata-kata ini banyak memberi kekuatan kepada aku ketika aku lemah,ketika aku hampir menyalahi takdir.aku gunakan kata-kata ini ketika aku hadapi segala ujianNYA sendirian dan hanya Allah yang maha mengetahui.aku juga insan biasa yang sering di uji dan lemah apabila menerima ujianNYA,lebih-lebih lagi di saat aku menghadapi onak dan duri dalam usaha mencari cintaNYA.tidak dapat aku bayangkan bagaimana keperitan ibuku dalam menghadapi ujianNYA,sedangkan aku yang hanya baru menerima ujian yang sedikit ini telah lemah,sudah tentu ibuku seorang yang kuat dalam menghadapi ujianNYA.ingatlah segala nikmat yang diberikan kepada kita,sudah tentu dengan izin Allah,kita akan menjadi wanita yang bahagia.suka untuk saya berkongsi tentang sebuah buku yang bertajuk ‘jangan bersedih,jadilah wanita yang paling bahagia’,di dalam buku ini terlalu banyak ilmu yang berguna untuk kita mengubat kesedihan kita.
Terlalu banyak azamku untuk tahun baru ini.antara niatku untuk aku buka lembaran ini ialah memakai tudung labuh.namun,tiba-tiba terdetik dalam hatiku perasaan takut.kenapa aku mesti takut sedangkan aku bukannya nak buat jahat tapi nak buat baik??nak jadi jahat memang senang tapi tidak mudah untuk jadi baik.pasti ada ujian yang harus kita lalui untuk jadi baik.namun,kita harus yakin ujian itu tanda sayangNYA pada kita.takut aku tidak mampu untuk istiqamah untuk memakai tudung labuh,takut akhlak ku tidak seindah pakaian ku,takut kerana akhlak aku,seluruh muslimah yang memakai tudung labuh akan timbul anggapan buruk oleh masyarakat lain yang tidak memakai tudung labuh,takut timbul sangkaan buruk dari rakan bahawa aku memakai tudung labuh sebab aku rapat dengan kakak ajk yang alim.pelbagai sebab yang menyelubungi benak fikiran ku sehingga aku merasakan takut untuk lakukan hijrah ke arah kebaikkan.ibu ku berkata,”memang indah wanita yang memakai tudung labuh itu,namun lebih indah jika ia selaras dengan akhlak kita dan kita lakukan dengan istiqamah,bukan kerana terikut-ikut tapi jika takut tidak mampu,lebih baik bersederhana”..aku menjadi semakin keliru.jika ia hanyalah ikutan,mesti sudah lama aku memakainya,tudung labuh pon banyak kat rumah aku.aku masih perlukan bimbingan dan nasihat dalam hal ini.namun,insyaAllah,aku akan tunaikan niat ini Cuma antara cepat atau lambat dan tahun ini atau tahun yang akan datang.
Hijrah itu pengorbanan,
Ya,hijrah itu adalah pengorbanan,sebab itu terlalu sukar untuk kita lakukan hijrah.mungkin mudah untuk kita ucapkan tetapi tidak mudah untuk kita tunaikan.pengorbanan jiwa dan raga untuk mencari dan mendapat yang lebih baik terutama dalam usaha untuk mencintaiNYA.teramatlah sukar.itulah ertinya pengorbanan.jika mudah tidaklah menjadi pengorbanan.seorang muslimah sejati akan sentiasa melakukan pengorbanan dan akan sentiasa akan bertarung dengan hatinya.mengapa??sebab dia berusaha untuk melawan hawa nafsu dia dari tidak melakukan perkara yang di larang Allah dan malakukan suruhanNYA.dan seorang muslimah akan memalukan dirinya kerana mereka akan di pandang serong dan akan di caci dan di ejek oleh masyarakat.sedangkan jika kita lihat dalam islam tidak pernah di larang umatnya memakai pakaian yang cantik tetapi ada batasnya yang di tetapkan adalah untuk kebaikkan manusia sendiri sedangkan Allah tidak mendapat apa-apa ganjaran malah Allah memberi ganjaran kepada manusia.aku pernah terbaca dalam sebuah artikal tentang nikmat syurga,malaikat berkata kepada Allah bahawa dia tidak dapat menahan manusia untuk masuk ke dalam syurga maka Allah menjawab,biarlah mereka kerana Allah malu untuk menahan mereka kerana mereka telah memalukan diri mereka keranaNYA ketika di dunia.(minta betulkan jika silap).amboi,pandainya aku berhujah sedangkan aku sendiri masih tidak mampu untuk menjadi muslimah sejati.seperti kata ku tadi,bukan mudah untuk berubah menjadi baik walaupun kita ada ilmu,tahu hokum dan kita sedar akan nikmat yang kita akan perolehi jika kita mengamalkannya dalam kehidupan kita.itulah yang di namakan pengorbanan.walaupon perit tetapi kita sanggup berkorban dan insyaAllah,pengobanan kita itu akan member manfaat kepada kita.contohnya,anugerah ibu mithali,mereka berkorban untuk anak-anak mereka,walaupun susah tetapi mereka berusaha untuk member makanan yang halal pada anak-anak mereka,mereka berkorban untu memberi ilmu dunia dan ilmu agama kepada anak-anak mereka,dan hasil nya,daripada ibu bapa yang buta huruf dapat melahirkan anak-anak yang berguna dan Berjaya dan dengan ilmu agama yang di berikan kepada anak-anakmya,mereka dapat hidup dengan senang.itulah pengorbanan.di dunia kita dah dapat lihat hasil daripada pengorbanan kita,jika tidak insyaAllah,di akhirat kita akan lihat hasilnya.namun,ingatlah,betulkan niat kita dalam setiap kebaikkan yang kita hendak lakukan iaitu kerana Allah.dan ingatlah,kita hidup di dunia ini ibarat kita seorang petani yang mempunyai sawah padi,sekarang kita berpenat lelah untuk menanam namun suatu hari nanti kita(akhirat) akan menuainya dan mendapatkan hasilnya.aku teringat akan blog seorang saudara lelaki,yang bagi ku walaupun dalam usianya yang muda,dia telah mula berjinak-jinak untuk menyampaikan dakwah.aku tertarik dengan sebuah kata-katanya di akhir penulisannya dalam blog nya iaitu,’biarlah di dunia ini berpenat lelah,dan di akhirat adalah tempat berehat’.sebenarnya ayat ini tidak lengkap,aku telah terlupa namun begitulah bunyinya.insyaAllah,bila aku berkesempatan untuk buka blognya,akan aku rujuk semula dan akan aku kongsikan bersama.
Impian dan harapanku.,
Jika dahulu aku tidak pasti tentang impian ku,mungkin aku kurang jelas antara impian dan cita-cita dan mungkin juga aku masih tidak cukup matang (kebudak-budakkan) namun lebih kurang dua minggu yang lepas iaitu pada 17-11,aku telah menyambut hari lahir ku yang ke 18.aku berniat untuk meningkatkan keyakinan diri,mengurangkan sikap mudah menangis dan bersikap matang dan hilangkan sikap terlalu sensitive.entah mengapa,tiba-tiba aku merasa rindu untuk menulis.hampir setahun aku telah meninggalkan dunia penulisan.untuk mencipta mutiara kata pon sudah agak sukar,pantun dan puisi teramatlah jauh.namun,minat ku yang mendalam dalam bidang penulisan ini tidak pernah terhapus walau sudah lama meninggalkannya.mungkin masa dan keadaan yang menyebabkan aku lama meninggalkan bidang penulisan ini.aku tidaklah mempunyai bakat yang besar dalam bidang penulisan namun kerana minat ku yang mendalam dalam bidang penulisan ini semenjak kecil lagi telah mendorong aku untuk terus berkarya.dan inilah impianku.aku hendak hasilkan sebuah buku (tidak kiralah dalam bentuk apa pon,terutama untuk wanita) hasil daripada titik peluhku.insyaAllah..pada ku,kepuasan yang kita akan dapat dari penulisan adalah pembaca berasa suka,bahagia ,menyentuh kalbu dan mampu member ikhtibar kepada pembaca.kita akan dapat merasai kepuasan apabila berkarya bila mana penulisan kita di hargai.aku berharap suatu hari nanti,impian ku untuk menghasilkan sebuah buku hasil titik peluh ku akan tercapai,tidak kira lah cepat atau lambat,selagi hayat di kandung badan.insyaAllah..
Harapanku untuk 1433 hijrah dan akan datang ialah untuk mencari seberapa banyak ilmu dunia dan akhirat.ilmu yang bermanfaat untuk masa hadapan ku.aku juga ingin memperbaiki diri untuk menjadi muslimah yang sejati,seorang anak yang mampu menjadi banteng api neraka kepada ibu bapanya dan aku berharap agar aku dapat meningkatkan keimanan aku padaNYA,cinta ku padaNYA dan sentiasa melakukan apa yang di suruh,dan menjauhi apa yang di larang.dan yang paling penting aku ingin memperbaiki solatku drpr solat di akhir waktu kepada awal waktu,solat yang tidak khusyuk kepada khusyuk.hasrat ku adalah untuk menabur bakti dan membuat sisa-sisa hidup ibu ku bahagia.aku ingin mengubat segala keperitan ibu ku selama dia menjaga dan mendidik aku dengan kejayaan ku,kejayaan dalam bidang pelajaran dan kejayaan untuk menjadi muslimah sejati seperti yang setiap ibu inginkan pada anak mereka.suka untuk aku menegaskan bahawa apa sahaja niat dan harapan kita,perlulah kita betulkan niat kerana ALLAH dan untuk mendapat reda ALLAH.insyaAllah,suatu hari nanti harapan ku ini akan termakbul.harapan dengan usaha dan niat yang baik,insyaAllah,Allah akan makbulkan tidak kira lah cepat atau lambat,namun,jika tidak termakbul,janganlah kamu berdukacita,kerana sesungguhnya Allah tahu yang terbaik untuk umatNYA.
Mugkin sampai di sini coretan ku.ku berharap coretan ini bermanfaat kepada ku dan para pembaca.semoga coretan ini mampu menjadi panduan dan mengingatkan diri ku yang sering terlupa dan alpa dalam menjalani kehidupan seharian.coretan ini adalah sebuah penulisan yang lahir dari hati ini,tidak ada niat untuk menunding jari,jauh lagi untuk meninggi diri.aku bukanlah seorang yang sempurna,masih banyak yang perlu aku pelajari dalam kehidupan ini,masih banyak ilmu yang perlu aku timba sebagai bekalan hari akhirat.akhir kalam,carilah cinta ilahi,pasti kita tidak akan kecewa.
~::♥::~~::::~~::::~~::::~~::♥::~~::::~~::::~~::::~
Bila LELAH menyapa dirimu,pejamkan mata dan bayangkan "Asma binti Abu Bakar" yang sedang memanjat tebing saat berjihaBila UJIAN hidup membuatmu menangis,pelajarilah ketabahan "Asiah"

Bila CELAAN menyapa dirimu,hadirkanlah kesabaran " Maryam"

Bila PUTUS ASA membuatmu menyerah,bayangkan kesungguhan ''Hajar" yang berlari dari bukit Shafa&marwah..

InsyaAllah,moga dirimu terus KUAT dalam menempuh TARBIAH dariNya..Amin..
~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~

Syukran.wallahualam
Coretan hati
Aishah93
(aishah a.r) 1 muharam 1433

Awalan Bismillah...

Asalamualaikum ya sahabat sekalian...
Alhamdulillah post entry saya yang pertama ini untuk adelah...
Mengucapkan syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan izinNYA blog ini dapat dihasilkan... <3
ALLAH SWT Tuhan sekalian alam....
Selawat dan Salam keatas Rasul Junjungan NABI MUHAMMAD SAW,,,isteri2 dan para sahabat Baginda...
ALLAHHUAKBAR...
SUBHANALLAH...

semoga ilmu yang bermanfaat akan saya lakukan di bolg ini dan akhir kata...
SALAM SAHABAT UKHUWAH FILLAH dari saya....
WASALAM <3 <3 <3 (^^)