cinta Allah cinta yang kekal abadi

Sunday 1 January 2012

pemBEDAHan KCB (ketika cinta bertasbih)

KCB adalah sebuah cerita islamik yang amat saya minati.kenapa??sebab sy sukalah..hehe..
Pada sy dlm KCB ni amat mementingkan batas pergaulan yg di gariskan oleh agama islam.walaupun berlakon sebagai suami isteri namun tidak ada persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan.jom kita lihat pulak movie islamik Malaysia,tak istiqamah dlm pemakaian tudung,bersentuhan lelaki perempuan yg bukan muhrim..adakah itu info islamik yang ingin di sampaikan??
Fulstop tentang perbezaan antara islamik movie!!
Berbalik kepada KCB..saya tak nafikan dlm setiap kebaikan pasti terselit secebis keburukan..begitu juga dengan movie ni.nama pon pencipta movie ni manusia,mestilah tak terlepas dari melakukan kesilapan.tp sekarang ni sy nk “bedah” tentang info positif yg ingin di sampaikan oleh penerbit movie ni..
Pada sy movie ni bagus di tonton oleh golongan remaja yg belum berkahwin dan hidup merantau seperti saya.hehe..kenapa???sebab movie ni memberi tips kpd lelaki bagaiman nak cari bakal isteri n kepada wanita apa yg blh anda pelajari untuk mendapatkan suami yg soleh and bagaimana untuk jadi isteri solehah..
Semasa saya menonton movie ni berseorangan dgn penuh penghayatan,sempat sy berangan andai sy memegang watak anna althafunnisa,alangkah indahnya hidup ni..(hope menjadi kenyataan untuk memilki suami spt Abdullah khairul azam)..ini janji Allah;
‘Lelaki yang baik untuk wanita yg baik dan lelaki yg jahat untuk wanita yg jahat,wanita yang baik untuk lelaki yang baik,wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat’ (surah an-nur ayat 26)
Jadi jom jadi wanita yg baik untuk dapat suami yg baik (utk yg masih blum berumahtangga je taw) tp jgn lupa perbetulkan niat kita utk jadi wanita yg solehah krn Allah,bukanlah semata-mata kerana hendak dpt suami yg soleh.itulah yg selalu seorang kakak ingatkan padaku ‘perbetulkan niat lakukan setiap kebaikkan keranaNYA’.ingatlah,kita merancang,Allah juga merancang namun perancangan Allah lah sebaik-baik perancang.kita harus ada perancangan untuk masa hadapan kita tp jgn terlalu mengharap,takut apabila rancangan kita itu tidak berjaya,kita akan kecewa dan menyalahkan takdir Allah.percayalah bahawa Allah maha mengatahui apa yang terbaik untuk hambaNYA..so,redalah dgn setiap ketentuanNYA..
Asyik lari dari topic jew ni tp xpe,selingan yg bermanfaat..insyaAllah......kalian tgk tak sambungan movie KCB iaitu drama KCB??dalam 2 jgak bnyk input yg bermanfaat spt bagaimana dlm menghadapi liku-liku dalam rumah tangga dan bagaimana sepasang suami isteri yg merupakan ustaz dan ustazah dlm menghadapi ragam masyarakat dan memenuhi amanat yg di berikan ibu bapanya.bagaimana juga sepasang suami isteri dari kalangan orang kaya mendidik anaknya dan sifat ibu bapa yg kurang penghayatan islam n bagaimana ujian dalam menghadapi ujian untuk membaik pulih seorang remaja yg telah terpesong jauh.
Sy seorang yg tak minat membaca novel,so memang sy tak bacalah novel KCB 2..dah tak baca mcm mne nak tahu apa isi yg terdapat dlm novel 2 kan..hehe..maknanya,sy tulis berdasarkan pemahaman sy dr tontonan sy untuk movie n drama KCB..manusia tak kan terlepas dr ujianNYA..kerana Allah tak nak kita terus tenggelam dgn dunia kita,sayangkan Allah pada kita??Cuma kadang2 kita yg tak sedar ujianNYA tanda sayangNYA pada kita,,kadang2 kita rasa dugaanNYA itu tanda bencinya DIA kpd kita..sy juga begitu,namun semakin banyak ilmu yg sy timba,semakin meningkat penghayatan sy terhadap sesebuah penceritaan yg saya lihat,specially KCB semakin saya yakin bahawa setinggi mana pon kita berada,kita tak akan terlepas dr ujianNYA..
Mari kita buat sedikit lagi pembedahan terhadap movie ni..
Bagaimana cara mereka (pelakon movie ni) bernikah??adakah mereka bercouple??kenal bertahun-tahun sebelum bernikah??tidakkan!!!!!!!tanpa terlalu cerewet,azam melamar sesiapa juga gadis yg di sarankan ahli keluarga dan kenalan.mudahkan,melamar,mendapatkan persetujuan dr pihak perempuan,bertunang dan menikah.tak perlukan jangka masa yg panjang kan.dan ada sesuatu yg buat sy tertarik dr movie ni iaitu masin nya mulut seorang ibu.di sebabkan ibu azam begitu tertarik dgn anna,dia ingin sekali anna menjadi menantunya.walaupun begitu banyak dugaan yg harus mereka hadapi namun,klu dah jodoh tak ke mana,keinginan ibu azam itu tercapai.lihat bagaimana azam reda dgn ketentuanNYA,setelah ibunya meninggal dunia,azam menyerahkan kepada ayah anna dgn sepenuh kepercayaan untuk mencarikan calon isteri buat azam.cuba klu di lihat remaja zaman sekarang,ibu bapa carikan pon sudah di tolaknya inikan orang luar yg tiada hubungan darah dengan kita carikan jodoh untuk kita,awal2 dah reject..tp segelintir jela,tak semua remaja begitu.berkat keyakinan azam itu,dia dijodohkan dgn anna.anna seorang gadis yg pernah dilamar di kaherah tp di tolak oleh penjaganya di kaherah.semasa dia melamar anna di kaherah,dia sendiri tidak mengenali anna tp atas cadangan kenalannya,dia melamar anna.itulah yg di namakan jodoh.klu dah tertulis jodoh kita,cepat atau lambat ia akan menjadi teman kita..insyaAllah..adakah majlis pernikahan mereka di buat secara besar-besaran??tidakkan..cukup sekadar bernikah dan membuat kenduri bagi merhebahkan pernikahannya.lihat pula majlis perkahwinan furqan dan anna (sblm anna bernikah dgn azam),majlisnya di buat besar-besaran tp tak kekal..pokok pangkalnya bukan majlis yg besar atau kecil yg akan menjamin kebahagiaan kita selepas berkahwin.suka untuk saya berkongsi,sy pernah hadir satu majlis perkahwinan anak prof.madya.......majlisnya very simple,tp para jemputannya ramai..bukan ia tidak berkemampuan tp ia mengikut cara yg digariskan oleh islam.menghebahkan pernikahan anaknya utk mengelakkan fitnah.
Ingatlah,bercouple dan membuat majlis besar-besaran sehingga menyusahkan dan membebankan kita di kemudian hari tak akan menjamin kebahagiaan rumah tangga kita..
Istikharalah dalam membuat keputusan untuk memilih jodoh.semoga jodoh itu adalah yg terbaik untuk kita..insyaAllah.........amin3 ya rab....
>>dr seorang wanita single<<
wassalam

No comments:

Post a Comment